Header


Buletin Khas KRMJ

Monday, June 30, 2014

RAMADHAN = QURAN

Beautiful reminder.. from Ustadh Nouman Ali Khan.

Allah (swt) mentions RAMADHAN only ONCE in the Qur'an. For Muslims all over the world we always think about fasting when we think of Ramadhan. However note that Allah did not introduce Ramadhan with fasting.

So what did Allah say? Al Baqarah Aya 185:
Ramadan is the (month) in which the Quran was sent down, as a guide to mankind and a clear guidance and judgment (so that mankind will distinguish from right and wrong)

Allah INTRODUCED Ramadhan with the QUR'AN instead.

  • The month of Ramadhan is in fact when the Qur'an was sent down.
  • Hence the FIRST thing we have to think about when it comes to Ramadhan is the QUR'AN.
  • Muslims know that Ramadhan is a time to get closer to Allah, time to make a lot of doa, to give up on sins, to make istighfar. We have to do a little extra, go to the masjid, when before we do not go.

But what is actually the KEY to getting closer to Allah?

  • It is the QUR'AN
  • To fulfil the purpose of Ramadhan, this month has to be about the Qur'an for all of us.
  • Treat it like we never had a relationship with the Qur'an before, like we are starting all over again.

WHY OVER AGAIN?
Answer is back in Aya 185 of Al Baqarah :
Al Baqarah is a Madani surah, which means it came down when Rasululah SAW and the Muslims have made the Hijrah to Madinah. They have been Muslims for a long time and by then they already know Quran is guidance for humanity. But when Allah introduces Ramadhan in Al Baqarah 185, Allah also re introduce the Qur'an - saying the Qur'an is guidance for people - which the Muslims and companions already know at that time.

The Lesson from this:
When Allah RE INTRODUCE us to the Qur'an in that aya, it's almost like Allah SWT wants us to to start all over again.

  • Start reading and studying the Qur'an.
  • Start reflecting and thinking about the Qur'an in this month of Ramadhan like we have never read it before.
  • Like it's the first time!

This is BEAUTIFUL. Why?
If we did fulfill the rites of Ramadhan, what Allah expects of us, Rasulullah has said that all our previous sins will be forgiven. We get a new start. This new start will come from us making a new start in our life in Ramadhan, and a new start with the Qur'an. May Allah keeps us strong and steadfast in studying the Qur'an this Ramadhan and beyond. May Allah gives us clarity of mind and heart to understand it. May Allah grant us wisdom to apply the knowledge from it and to teach it to others.

Ameen.

Sumbangan daripada: Tn. Hj. Abdullah Hassan
Penasihat-KRMJ

Sunday, June 29, 2014

Tazkirah Ramadhan 1435 - Siri 1

DENGAN nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, penghulu segala Nabi dan Rasul. Selawat dan salam juga ke atas keluarga baginda dan seluruh sahabatnya.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa kepada Allah.” Al Baqarah: 183. Ayat ini menjelaskan bahawa matlamat terpenting dari ibadah puasa bukan sahaja semata-mata ibadat, tetapi termasuk jugalah mentarbiyahkan diri seseorang yang beriman supaya menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah SWT.

Taqwa merupakan penentuan kedudukan martabat manusia di sisi Allah SWT, kerana Allah SWT tidak menentukan kedudukan manusia berdasarkan kepada keturunan, bangsa, warna kulit, pangkat dan harta benda tetapi ditentukan dengan sifat taqwa yang ada pada diri masing-masing.

Walaupun kita seorang kaya ataupun kita miskin, sama ada kita orang berkuasa atau tidak berkuasa, ia bukan ukuran kedudukan kita di sisi Allah SWT. Ini jelas berdasarkan firman Allah SWT di dalam al-Quran, yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa.”

Ibadah puasa melahir dan mentarbiyah seseorang yang beriman supaya menjadi orang yang bertaqwa kepadaNya, kerana di bulan Ramadan amalan meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan puasa dan membatalkan pahala puasa adalah secara praktikal, melatih seseorang itu bertaqwa kepada Allah dengan mengikut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya.

Dari segi amalan yang zahir, seseorang yang berpuasa diwajibkan meninggalkan makan minum, pergaulan dengan isteri, meninggalkan apa yang dihalalkan pada masa yang lain, dan menjadi sebahagian naluri manusia yang bertaqwa. Tetapi perkara yang menjadi perintah supaya meninggalkannya di waktu siang hari di bulan Ramadan.

Apabila seseorang manusia itu sanggup meninggalkan perkara yang dihalalkan oleh Allah di masa yang lain semata-mata kerana taat kepada Allah, dengan mengerjakan ibadah puasa dan meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan, dengan sendirinya melatih dirinya menjadi orang yang taat dengan sifat taqwa kepada Allah Taala.

Sesungguhnya dari segi rohani dan hak orang yang berpuasa mestilah dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT. Keikhlasan melalui ibadah puasa lebih terserlah dari ibadah-ibadah yang lain kerana ibadat puasa wajib disembunyikan dan tidak dinyatakan. Ibadat yang lain lebih bersifat dinyatakan.

Orang nampak kita bersembahyang, tetapi orang tidak nampak kita berpuasa, semasa kita tidak makan, tetapi seorang yang berpuasa sanggup meninggalkan perkara yang membatalkan puasa sama ada dilihat oleh orang atau tidak. Di sini menyerlahkan keikhlasan, beribadat kepada Allah yang melahirkan sifat taqwa, yang tersirat di dalam hati, bukan dari amalan-amalan yang zahir.

Di antara adab puasa juga ialah meninggalkan perkara-perkara yang boleh membatalkan pahala walaupun tidak membatalkan puasa, melihat yang haram, bercakap yang haram dan sebagainya yang merupakan tegahan-tegahan yang baik yang berkait dengan akhlak yang buruk yang tersirat di dalam hati. Dengan melaksanakan kewajipan ini juga, melahirkan sifat taqwa kepada Allah.

Seterusnya di bulan Ramadan, kita dihidangkan dengan amalan ibadat sunat yang banyak seperti membaca Quran, sembahyang Tarawih, menjamu berbuka puasa, bersedekah makanan kepada orang yang berbuka puasa. Amalan-amalan ini juga adalah amalan-amalan yang membentuk peribadi samada yang menghubungkan kita dengan Allah atau hubungan kita dengan sesama manusia, keluarga dan jiran.

Menunjukkan bahawa di bulan mulia ini kita menjadi tetamu Allah SWT dihidangkan dengan makanan-makanan, bukan sahaja makanan zahir yang menyihatkan badan untuk menguatkan diri melaksanakan perintah Allah, dalam masa yang sama makanan-makanan rohani yang membersihkan jiwa dan mengikhlaskan hati sehingga membentuk menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah.

Di sinilah terserlah kenyataan Allah, di hujung ayat yang menyatakan wajib berpuasa, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah.

Wallahu a’lam.


Sumbangan;
Tn. Haji Ramli Bin Ngah
Setiausaha - KRMJ